selamat hari jadi dan salam aidilfitri yang mulia

Enjoy your Birthday now that it's here, Hope it's the best day of the year. A further wish especially for you, For happiness in the future, too !

Saturday, 16 July 2011

IT GETTER AND BETTER


It getting better and better

So orang kata there is no rainbow if there's no rain.. Setiap kali perkara tidak menjadi seperti yang kita harapkan, pastinya ada sesuatu hikmah di sebaliknya dan setiap kali kita melalui hari-hari yang menyedihkan, pastinya ada masanya hari kita akan menjadi hari terbaik dari sebelumnya..

So hari ini seperti biasa sebaik sahaja Atikah online Atikah terus sahaja bukak Facebook, Twitter dan juga laman web rasmi Arsenal.. Semasa Atikah buka Arsenal.com mata Atikah telah terpukau dengan satu tajuk di situ iaitu 'Arsenal announce friendly in Malaysia'.. Atikah apa lagi terus sahaja klik dan di saat itu Atikah telah melonjak kegembiraan (and maybe Atikah turut menjerit kegembiraan)..

Setelah sekian lama khabar angin bertiup kencang yang Arsenal akan datang ke Malaysia akhirnya ianya telah disahkan sendiri Arsenal walaupun semasa Atikah hantar email kepada mereka, mereka tidak langsung mahu mengesahkan akan kebenaran tersebut.. Namun apa yang pasti sekarang ini I'm going to Bukit Jalil!!

Selama ini Atikah terus sabar menanti sebarang berita tentang kemungkinan hadirnya idola Atikah, Taylor Swift ke Malaysia.. Namun Atikah terus menerus dikecewakan walaupun Taylor Swift telah postkan di Facebooknya yang dia menyayangi peminat-peminatnya di Malaysia.. Dan to be honest Atikah x pernah mengharapkan kehadiran Arsenal ke Malaysia sebanyak mana Atikah mengharapkan kehadiran Taylor Swift..

Tapi walau apa-apa pun misi Atikah kali ini ialah cuba untuk menangkap gambar dengan Cesc Fabregas yang seperti diketahui ramai pemain pujaan Atikah.. Kalau x dapat tangkap gambar pun dapat jumpa dengan dia pun cukuplah.. Paling kurang pun dapat tandatangan dia.. Wow.. Dapat berjumpa Fab4 bagaikan mimpi jadi realiti!!

Tapi kalau x dapat jumpa ataupun tangkap gambar dengan Fab4, dengan Fab21 pun jadilah.. Korang mesti tahu siapa dia.. Haha.. Mestilah Lukasz Fabianski.. Harapnya Fabianski waktu tu cergas sepenuhnya untuk menyertai pasukan dan maybe just maybe main sewaktu menentang Malaysia..

Tapi kalau x dapat jumpa dua orang itu pun x apalah.. Asalkan Atikah dapat menyaksikan aksi Arsenal dengan lebih dekat.. Jumpa mana-mana pemain Arsenal pun Atikah tidak kisah.. Kerana bukannya senang nak jumpa pemain Arsenal.. Tapi kalau dapat jumpa kedua-dua Fab ini memang cukup fabulous!!

So Atikah x sabar tunggu tiket perlawanan ini dijual.. Dan Atikah juga harap akan ada sesi meet and greet dengan player-player Arsenal.. Atikah akan lakukan apa sahaja untuk memastikan Atikah sekurang-kurangnya dapat jumpa seorang player Arsenal dan dapatkan tandatangannya ataupun tangkap gambar dengannya.. Arsene Wenger pun jadilah..

So mak Atikah dah beri lampu hijau untuk menyaksikan perlawanan ini dan harapnya abang sulung Atikah iaitu Along boleh menemani Atikah menyaksikan perlawanan ini.. Dan harap-harapnya Arsenal menang walaupun dalam masa yang sama Atikah mesti akan kecewa dengan kekalahan skuad Malaysia..

Tapi sorry Malaysia Atikah akan sokong Arsenal.. Tapi jangan risau Atikah akan tetap sokong Malaysia.. Itu pun kalau pemain kesukaan Atikah main.. Iaitu Nasril Nourdin.. Hmm.. Mestilah x sebabnya Khairul Fahmi gerenti akan menjaga gawang Malaysia.. Apa-apa pun x sabar menanti 13 Julai.. Adios!!

P/S : Harap-harapnya lepas ini giliran Taylor Swift pulak datang Malaysia..

JENNIFER GARNER


They my favorite : Jennifer Garner

So semua orang tahu yang Atikah terlalu obsess dengan Taylor Swift.. Tapi sebenarnya Atikah bukannya obsess dengan Taylor, Atikah cuma one of her dedicate fans.. Haha.. Percayalah semua Swifties akan katakan itu.. Tapi sebenarnya selain dari Taylor dan Arsenal FC ada lagi benda/orang yang Atikah cukup addict ataupun fans..

Favorite actress Atikah ialah Jennifer Garner.. Sebenarnya banyak lagi macam Jennifer Aniston, Jorja Fox (yang jadi Sara Sidle dalam CSI Las Vegas), Katherine Heigl, Selena Gomez dan Miley Cyrus.. Tapi Jennifer Garner menjadi pilihan Atikah berbanding yang lain maybe sebab dia merupakan pelakon pertama kegemaran Atikah..

Kebanyakan movie yang Atikah pilih mesti ada yang dilakonkan Jennifer Garner.. Dan ianya kadang-kadang menjadi motif utama Atikah beli filem tersebut berbanding filem yang lain.. Movie yang dilakonkan Jennifer Garner yang Atikah ada atau tengok ialah Pearl Harbour, 13 going 30, Juno, Elektra dan Valentine's Day walaupun sebab utama Atikah beli Valentine's Day ialah kerana Taylor Swift turut berlakon tetapi penyebab utama Atikah tengok sampai habis filem tersebut adalah kerana Jennifer Garner dan mungkin sebab Ashton Kutcher.. Haha..

Atikah nak tengok My Girlfriend Past di mana turut dilakonkan Jennifer Garner tapi x pernah pun Atikah tengok dan juga Arthur.. Hmm maybe nanti.. Anyway salah satu TV Series yang digemari Atikah ialah Alias merupakan movie pertama yang Atikah tengok yang dilakonkan Jennifer Garner..

Semalam Atikah beli DVD box set season 1-5 Alias selepas Atikah bertarung dengan perasaan Atikah.. Atikah berada dalam dilema semalam sama ada nak beli Bones season 1-5 ataupun Alias season 1-5.. Walaupun Bones lagi murah, masih ada satu lagi season dan dengar cerita Bones dilanjutkan lagi ceritanya so nanti kena beli lagi sambungan dia.. So akhirnya Atikah pilih Alias memandangkan Jennifer Garner merupakan pelakon kegemaran Atikah..

Walaupun sebenarnya sebab utama Atikah pergi Megamall Kuantan adalah untuk cari DVD box season 10 CSI Las Vegas yang masih Atikah x ada.. Minggu lepas Atikah jumpa yang murah tapi waktu tu Atikah malas sangat nak amik duit so Atikah x beli dan minggu nie dah x ada.. Gah.. Benci betul.. Tinggal yang mahal pulak tu..

Tapi dalam waktu itu sempat jugak Atikah jumpa complete Season 11 CSI Las Vegas di mana Atikah akan belinya jugak nanti selepas entah berapa episode Atikah dah skip.. Ini salah AXNlah nie pergi buat 3 episode sekali gus dalam 1 minggu.. Kalau x tengok seminggu dah terlepas 3 episode.. Dahlah time dia ulang pun x kena.. Hate it!!

Tapi apa yang penting sebab utama Atikah nak beli CSI Las Vegas season 10 dan 11 adalah disebabkan Jorjo Fox kembali ke CSI dan juga dalam CSI 11 Justin Bieber kena tembak.. The best day of my life ever when watch that episode walaupun sebelum itu Atikah rasa nak bunuh diri je tengok si Justin tu.. Tapi bila tengok penghabisannya memang seronok gila ah.. Haha.. Anyway that's all for today.. Nak sambung marathon cerita Alias

TAYLOR ALISON SWIFT



Why I adore Taylor Alison Swift

Well semua orang tahu yang Atikah cukup tergila-gilakan Taylor Swift.. Setiap hari x sah kalau Atikah tidak bercerita tentang Taylor dan mendengar lagunya.. I admit that I'm a big fan of Taylor Swift since the first time I heard Love Story on the radio.. And I always look her up.. She somehow connected to me and well other Swifties too..

First time Atikah dengar lagu Love Story adalah pada pertengahan 2009.. Masa itu lagu Love Story memang cukup popular di Malaysia.. Boleh dikatakan setiap kali Atikah buka radio je mesti Love Story di mainkan.. Namun sewaktu itu Atikah tidak tahu siapa penyanyinya walaupun lagu Love Story telah lekat di kepala Atikah..

Kak Yati merupakan orang pertama yang bertanggungjawab membuatkan Atikah terus menerus mengkagumi Taylor Swift selepas Kak Yati mempunyai lagu Love Story di dalam handphonenya dan Atikah pun mintak Kak Yati bluetoothkan lagu tersebut ke handphone Atikah supaya Atikah boleh mendengarnya setiap hari..

First time Atikah dengar nama Taylor Swift ialah semasa beliau membintangi TV Series kegemaran Atikah, CSI Las Vegas.. Walaupun episode yang dibintangi beliau bukanlah salah satu episode kegemaran Atikah namun sewaktu itu Atikah jatuh hati dengan bagaimana Taylor berlakon dengan sungguh bersahaja walaupun ini merupakan pertama kali beliau berlakon..
Dan lagu You're Not Sorry yang di mainkan semasa episode CSI tersebut cukup menarik perhatian Atikah.. So selepas rumah Atikah dah ada internet Atikah pun mulalah melakukan research terhadap Taylor Swift.. Lagu pertama yang Atikah dengar ialah Fearless dan sewaktu itu Atikah semakin mengkagumi Taylor Swift..
Music video pertama Atikah tengok ialah Tim McGraw dan Atikah jatuh hati dengan muzik video tersebut.. Selepas Atikah mula membaca Wikipedia Taylor dan mendapat tahu yang beliau akan mereleasekan album terbarunya Fearless Platinum Edition.. Dengan hari jadi Atikah semakin menghampiri, Atikah pun mula mendesak kakak Atikah untuk mencari album tersebut..

Namun Anyah hanya berjaya mendapatkan album Fearless Malaysia Edition.. Dan Anyah menghadiahkannya sempena hari jadi Atikah.. Dari saat itu Atikah semakin mengkagumi Taylor Swift.. Sewaktu itu Atikah telah bertekad untuk mencari album Fearless Platinum Edition CD/DVD.. Dan ianya mengambil tempoh selama sebulan sebelum Atikah menjumpainya..
Sewaktu itu Atikah ke rumah Mak Lang di KL dan Mak Lang ajak berjalan-jalan di KLCC dan Ampang Point.. Di Ampang Point Atikah terjumpa kedai CD.. Namun sewaktu itu niat Atikah adalah hanya untuk melihat-lihat kerana Atikah terlupa akan album Taylor tersebut.. Namun semasa Atikah melihat-lihat mata Atikah terpaku kepada satu benda..
Ianya adalah album Fearless Platinum Edition.. Sewaktu itu memang Atikah nak menjerit keseronokkan (tanda-tanda awal I'm a Swifty).. Atikah terus menarik tangan mak Atikah dan mula memujuk mak Atikah untuk membeli album tersebut.. Dengan bantu jurujual, mak Atikah bersetuju untuk membelinya dan sewaktu itu memang Atikah tersenyum lebar..
Selepas membelinya Atikah terus menerus menatap album tersebut.. Dari saat itu Atikah semakin asyik dengan Taylor Swift.. Atikah terus menerus memastikan diri Atikah mengetahui tentang Taylor Swift dengan lebih lanjut lagi setiap hari dan Atikah telah menetapkan dalam diri Atikah untuk mencontohi Taylor Swift dan menjadikan beliau sebagai idola Atikah..
Atikah suka Taylor kerana beliau tidak malu untuk menjadi dirinya sendiri.. Kerana beliau mempunyai such a funny humor.. Amazing, talanted and so down to earth.. Tidak lupa juga bagaimana beliau melayan peminatnya dan segala-galanya tentang dirinya cukup menarik perhatian Atikah..
Kisah Kanye West memalukan beliau di hadapan berjuta-juta penduduk seluruh dunia membuatkan Atikah semakin mengkagumi Taylor Swift.. Kerana tiada siapa dapat menghandle perkara tersebut sebaik Taylor Swift handlenya.. Dari situ kita sudah tahu budi perketi Taylor Swift yang sering menderma ini terutama sekali kepada pendidikan..
Memnonton atau membaca setiap interviewnya semakin membuatkan Atikah tertarik dengan Taylor.. Membaca buku unauthorized autobiografinya yang ditulis oleh Ronny Bloom semakin membuatkan Atikah mengkaguminya menerusi bagaimana Taylor Swift meredahi segala cabaran yang dilemparkan kepadanya untuk menjadi salah seorang superstar dunia..
Namun Taylor bukan seperti world superstar yang lain.. Setiap kali beliau memenangi award beliau pasti akan berterima kasih kepada peminatnya.. Beliau merupakan contoh role model terbaik sekali.. Namun agak menghairankan ramai yang tidak ambil peduli tentang berapa bagusnya Taylor Swift sebagai role model golongan remaja..

Taylor Swift turut tidak lokek untuk menderma kepada badan kebajikan ataupun yang ada kena mengena dengan pendidikan.. Taylor dilaporkan menyumbang dalam 1 juta dollar kepada Jepun dan konsert amalnya Speak Now Help Now telah menyaksikan sebanyak 750 ribu dollar akan disumbangkan kepada mangsa ribut.. Dan baru-baru ini Taylor bersama-sama Academy Of Country Music menyumbangkan 50 ribu dollar kepada St. Jude Children’s Research Hospital..

Jika tidak salah setiap tahun pada hari jadinya Taylor pasti akan menderma kepada yang ada kena mengena dengan sekolah.. Taylor turut tidak lokek untuk membantu bekas sekolahnya.. Ini telah menyaksikan auditoriom di bekas sekolah Taylor iaitu Hendersonville High School dinamakan sempena namanya selepas menyumbang dana untuk menaik tarafkan dewan tersebut..

Jika nak senaraikan lagi apa yang pernah dilakukan Taylor dan apa yang akan dilakukan Taylor selepas ini memang tidak akan pernah tamat.. Jadi Atikah memang x faham mengapa ianya satu kesalahan untuk Atikah adore Taylor memandangkan so far I don't see anything wrong with what she doing.. What I realized is she making world the better place..

Itu belum lagi kita bercerita betapa menakjubkan peminat Taylor Swift.. Bagaimana Swifties Family bekerjasama untuk memastikan Taylor mendapatkan yang terbaik.. Memastikan Taylor menerima award hasil kerja kerasnya dan memastikan hater Taylor Swift gagal untuk menumbangkan Taylor dan memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menangkap Taylor jika Taylor jatuh dan memuji segala kerja keras Taylor..

Dan setakat ini Taylor tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan sengaja.. Setiap kali Taylor memenangi award dia tidak pernah lupa untuk berterima kasih kepada peminatnya.. Kerana Taylor pernah beritahu yang tanpa peminatnya siapalah dia dan tanpa peminatnya dia tidak akan berjaya seperti sekarang.. Dan Taylor menyayangi peminatnya sama banyak peminatnya menyayanginya.. But of course we love her more..

Anyway that's all.. Atikah boleh bercerita panjang lebar lagi namun well nantilah.. Anyway that's why I adore her and stop asking me why I so addict to her.. I not addict to her I adore her.. She my role model and she inspire me and her songs always help me through almost everything.. And I just adore her.. So never forget to be Fearless and Speak Now..

P/S : Taylor Swift.. I so Enchanted to meet you.. Keep that in mind..


Why I adore Taylor Alison Swift

So 13 Julai tiba juga akhirnya.. Iaitu tarikh di mana pasukan kesayangan Atikah, Arsenal FC hadir ke Malaysia.. Atikah beli tiket berharga RM108 ringgit yang menyaksikan Atikah duduk di tingkat 2.. Atikah yang pergi menonton perlawanan ini bersama-sama abang Atikah masuk ke stadium seawal jam 6 petang dan mencari kerusi yang terbaik untuk menyaksikan perlawanan..

Namun sebelum itu Atikah dan abang Atikah pergi pusing-pusing Stadium Bukit Jalil dulu dengan abang Atikah beli jersi Malaysia dan Atikah pulak beli jersi baru Arsenal.. Selepas itu Atikah pergi jumpa abang Fikri yang turut menyaksikan perlawanan tersebut namun sayangnya kami tidak akan menyaksikan perlawanan tersebut di tempat yang sama..

So sementara menunggu waktu berjalan Atikah dan abang Atikah mula mengambil gambar.. Hmm.. Sebenarnya sekejap sahaja masa berjalan.. Tup2 keluar pemain Malaysia dan Arsenal untuk memanaskan badan.. Seperti yang dijangka Arsenal menang 4-0 ke atas Malaysia.. The best moment mungkin semasa Carlos Vela 3 kali ala-ala memperbodohkan Khairul Fahmi..

Apa-apa pun sebenarnya Atikah sedih sebabnya selama 3 hari Arsenal di Malaysia Atikah gagal untuk berjumpa pemain kesayangan Atikah ataupun dapat autograph atau bergambar dengan mereka.. Namun Atikah masih ada memori indah sepanjang 3 hari Arsenal di Malaysia dan ianya berlaku beberapa jam tadi..

Selepas tamat perlawanan Atikah dan abang Atikah terus keluar namun kami pergi membeli burger dan air terlebih dahulu dan kami makan di dalam kereta sementara menunggu kesesakan beransur-ansur pulih.. Namun dalam perjalanan keluar Atikah dan abang Atikah terserempak dengan sekumpulan peminat Arsenal yang menanti bas Arsenal bergerak..

Abang Atikah pun berhenti.. Atikah terus keluar dari kereta dan menunggu di tempat yang langsung tiada orang.. Nampak sahaja bus Arsenal Atikah mula melambai sambil berharap ada yang membalasnya.. Walaupun Atikah tahu ianya mungkin x akan berlaku.. Namun lagenda dan Arsene Wenger assistant manager, Pat Rice membuat keputusan untuk tidak mengecewakan Atikah dengan membalas lambaian Atikah sambil tersenyum..

Atikah terus melambai di mana ianya menyaksikan Theo Walcott tidak menoleh ke arah Atikah dan sejujurnya ianya agak mendukacitakan.. Namun Sebastien Squillaci yang duduk di belakang Walcott memandang Atikah dan mengukir senyuman yang cukup manis dan melambai kembali kepada Atikah.. Sewaktu itu hanya Tuhan sahaja tahu apa perasaan Atikah..

Squillaci bukanlah pemain kesayangan Atikah namun apabila di melambai kepada Atikah memang Atikah sudah mula melonjak kegemberiaan dan I start to losing my mind.. Hampir setahun Squillaci menjadi The Gunners but to be honest I never saw his sweet smile.. He had such a sweet smile.. TRUST ME!!

Dear Sebastien Squillaci.. You just made my day.. I know you not a star at Arsenal.. But as I said before I don't care who I get to meet.. As long as he an Arsenal player.. With you waving at me making me losing my mind for a couple of second there.. Thanks Squillaci.. You now officially my favorite player.. I bet every time I saw you after this I will remember that moment..

Apa-apa pun Atikah x percaya Atikah mampu jadi segila itu bila Squillaci lambai dekat Atikah.. Bayangkan kalau pemain star ataupun pemain kesayangan Atikah yang lambai terutama sekali CESC FABREGAS!! Itu belum lagi dapat jumpa, tangkap gambar dan dapat autograph.. WOW!! Dan itu belum lagi Atikah jumpa Taylor Swift.. Kalau Squillaci lambai pun hampir buat Atikah pengsan apa jadi kalau Fab4 dan Taylor yang lambai??

P/S : Can't believe I forgot yesterday was Taylor Swift Day!! Well I guess I just had one of best Taylor Swift day ever..

Wednesday, June 15, 2011

That's what I'm here for and I'm sorry bestie

So the past 2 days I accidently pushing my best friend around.. And somehow I just realized I probably hurt her feeling something that I never want to do to her.. Something that I always trying my best to never do that to her cause she my best friend and she amazing just the way she are.. And because she always there for me..

I try all possible thing to get myself back but I fail miserably as much as her fail to cheer me up.. I realized I kinda changed a little bit in the past 2 days and I miss my old myself.. So after I giving up trying to cheer myself up and after I realized something feels weird in my friendship with my best friend I only got one person in my mind that can help me..

She is my 'big' sister Hanne.. And I know she gonna understand it and I'm right about it.. I want to tell her yesterday but she got work to do so today somehow we online in the same time and I spill it to her about everything.. And her email really help me open up my eyes again.. And that moment I realized I'm such a terrible friend to Akhmar.. I really sorry buddy..

After that I just send her an email with of course I'm saying sorry to her and want everything to go back to normal again cause after spending last week together this week has been so awkward for us and been so different to us.. But well I have to admit so far this is the biggest challenge yet in our friendship.. And thank God we survive it..

Because of I start to worry our friendship will gone is the main reason I ask Hanne for advice.. And clearly after get a lecture from her (even from email) it making me open up my eyes again and she good at zapping me back to reality something that you missing Akhmar.. But well I know you trying your best to comfort me and I know you depressed to seeing me feeling so down..

And all the story Hanne told me is really making me realized everything that I forgot in the past 2 days.. Big sis, I'm not wrong with choosing you to be my big sister.. And the song 'That's What I'm Here For' is really right for me and you.. Yeah definitely for us.. I love you Hanne.. And you too Akhmar.. And I'm happy that I got myself back again.. So that's all.. Adios Amigos..

Monday, June 13, 2011

Me without sport ??

Atikah akan jadi sebijik macam Cesc Fabregas jika tidak dapat bermain.. Gah Atikah gila-gila tension lepas balik daripada hospital hari ini.. Sebabnya langsung tiada berita baik daripada doktor tentang bahu Atikah.. Atikah akui ramai lagi cedera dia teruk daripada Atikah tapi still jika kecederaan Atikah ini tidak sembuh secepat mungkin my dream will never come true..

So ceritanya begini.. Atikah ke Kuantan Medical Centre hari ini selepas 2 minggu tangguh appointment dengan doktor.. Hari ini pun rasa malas je nak pergi namun terpaksa jugak sebabnya it still not recover and when I at Akhmar house last week my shoulder keep giving me problems and making my head hurt so badly.. But it still under control thanks to Akhmar company of course..

Atikah pun x tahu kenapa kali ini Atikah malas sangat nak pergi hospital.. So nak di jadikan cerita doktor kebiasaan Atikah x ada hari ini.. Bercuti.. Atikah malas gila nak jumpa doktor pengganti walaupun dia pun sama bagus dengan doktor kebiasaan Atikah.. Namun selepas dipaksa mak dan ayah Atikah dengan berat hati pun pergilah jumpa doktor tersebut.. Well-well my heart is giving me a good clue about what gonna happen today..

Doktor kata kena buat lebih banyak physio.. Gah I hate physio.. Cause no matter how much I do it, it still not getting any better.. Sometimes it getting worst.. Doktor turut beritahu Atikah yang Atikah x boleh main lagi memandangkan jelas sekali main bola baling menjadi punca utama kecederaan ini berlaku.. Dan selepas itu gah I don't even want to remember what he said after that..

Doktor kata kalau x baik juga kena tukar sukanlah.. Gah.. Handball and football is the only sport I know I good at.. Atikah akui Atikah boleh jadi pemain pertahanan, tengah atau penyerang kalau main bola tapi posisi terbaik Atikah adalah penjaga gol.. Cause I fast to react and not scare to catch any ball they throw at me and I'm not scare to put my body to stop the ball..

Atikah akui Atikah juga bagus untuk menjadi pemain pertahanan kerana kecekapan Atikah menghidu masalah or what ever the word is.. Tetapi percayalah Atikah lebih gemar bermain sebagai penjaga gol kerana Atikah tidak mempunyai kaki yang hidup walaupun Atikah sebenarnya bermain menggunakan kaki kiri..

Nak mencari akademi bola sepak di Malaysia yang membenarkan pemain perempuan bukanlah sesuatu yang mudah dan apabila Atikah berjaya menjumpainya berbagai-bagai cabaran diberikan kepada Atikah.. I don't know if I can through it all.. Terlepas peluang untuk mewakili negeri Pahang ke Sukma memang mengecewakan..

Terutama sekali cikgu Nordin iaitu jurulatih bola baling kebangsaan mempercayai bakat Atikah untuk bermain di peringkat tertinggi.. Bila mendapat pujian sebegitu ianya memang satu penghargaan yang besar.. Dan apabila kecederaan seperti ini menghalang anda daripada membuktikannya memang cukup mengecewakan..

Melihat skuad bola baling wanita Terengganu membelasah Johor 21-6 memang membuatkan Atikah semakin merindui aksi bola baling.. Semasa bermain Atikah tidak kisah sama ada pasukan Atikah menang, seri atau kalah asalkan kami bermain dengan cemerlang dan bagaimana Atikah beraksi.. Memang kekalahan atau seri cukup mengecewakan namun apabila pasukan dan anda sendiri beraksi cemerlang namun tetap tewas anda masih boleh merasai kepuasaan dan berazam untuk melakukan lebih baik nanti..

Atikah masih ingat perasaan Atikah main bola baling tahun lepas dan tahun ini.. Tahun lepas semasa peringkat kalah mati di mana kami menewaskan skuad juara bertahan 2-1 di mana perlawanan tersebut menyaksikan Atikah menunjukkan apa yang mampu Atikah lakukan di mana bagi Atikah juga merupakan perlawanan terbaik Atikah tahun lepas, kepuasan itu memang jelas terasa..

Perlawanan itu daripada hanya beberapa orang menyaksikannya sebelum semakin ramai membanjiri padang menyaksikan perlawanan itu dan juga betapa hebohnya berita kemenangan pasukan Atikah selepas itu di mana membuatkan Atikah menerima banyak sekali pujian.. I miss those feeling.. Waktu itu Atikah puas dan bangga kerana berjaya membantu pasukan mara ke peringkat seterusnya..

Namun semasa pasukan Atikah tewas 4-2 kepada juara tahun itu di suku akhir memang Atikah teramat-amat kecewa dan menyalahkan diri Atikah atas kekalahan tersebut walaupun sebenarnya ianya bukanlah kesalahan Atikah.. But what if I don't concede those 2 stupid goals that I fail to safe it?? Namun Atikah sedar disebalik dua gol unlucky tersebut Atikah beraksi dengan teramat-amat bagus sekali..

Sehingga membuatkan striker mereka naik meluat dengan Atikah.. Haha.. Dia tu strike daerah kut.. Memang gila baguslah dia dari striker-striker yang pernah Atikah lawan.. Dan hakikat Atikah main hampir sepanjang perlawanan tersebut dengan kecederaan bahu semakin mengukuhkan hakikat it's not me to
Okey…..untuk koleksi rumah mewah milik orang-orang kaya (VVIP) di Malaysia, kita mulakan terlebih dahulu dengan rumah mewah Datuk Najib. Ini merupakan rumah peribadi Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
rumah7 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Sekarang ini beliau pun sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia, jadi kediaman rasminya ada di Seri Perdana Putrajaya
rumah11 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
rumah10 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Bagi yang biasa mengikuti perkembangan di Berita Semasa, apabila disebut sahaja nama Datuk Syed Azman, pastinya akan terlintas gelaran Raja AP yang begitu dekat dan sinonim dengan individu ini. Tetapi sekarang ini beliau tidak lagi memiliki memegang gelaran tersebut
Sesuailah dengan keluasan kawasan rumah yang dimiliki sekarang ini memudahkannya mendaratkan koleksi helikopter yang dimilkinya.  Rumah mewah ini didiami oleh Datuk Syed Azman  Syed Ibrahim bersama-sama dnegan isterinya Datin Sharifah Aza Syed Adnan.
Jadi pekerja Datuk Syed Azman boleh dikatakan untung. Rumah mewah Datuk Syed Azman ini disediakan sekali rumah untuk pekerjanya di bahagian basement.
rumah (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
rumah2 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
rumah3 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
rumah4 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Rumah VVIP di Malaysia, Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Dr. Munir Majid dan isterinya
rumah17 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Ini pula, rumah mewah bekas Menteri Kesihatan iaitu YB Datuk Seri Chua Jui Meng dan isterinya
rumah19 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Kediaman bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan juga bekas Menteri Besar Perak iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isterinya, YM Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah
rumah18 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Rumah istirahat dan juga persinggahan bagi mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Toh Puan Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
rumah8 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Rumah mewah Datuk Khatijah Ahmad dan suami Datuk Ahmad Kadis. Boleh digelarkan iron lady Malaysia dan wanita yang berpengaruh di Malaysia. Jika beliau mengistiharkan semua pegangan saham milik syarikatnya iaitu KAF Discounts Berhad, KAF Seagrott Campbell dan lain-lain lagi, ia boleh mencecah sekitar angka RM1 billion.
rumah9 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Kalau nak lihat white house versi Malaysia, inilah dia. Rumah bekas CEO Petronas dan mantan Timbalan Perdana Menteri, YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YM Che Puan Noor Yvonne.
rumah12 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
rumah13 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Rumah mewah YB Dato Seri Annuar Musa dan YB Datin Seri Rosniah
rumah14 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Rumah milik peribadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman
rumah16 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Rumah Allahyarham Tan Sri Dato S.M Nasimuddin Amin dan balunya Puan Sri Zaleha Ismai yang juga ayah kepada CEO Naza sekarang ini iaitu SM Nasaruddin. Rumah ini dibeli dalam satu acara lelongan di Danaharta sekitar RM6.5 juta pada tahun 2001.
rumah5 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
Rumah Tan Sri Dato Francis Yeoh dan mendiang iaterinyaPuan Sri Rosalind Yeoh. Beliau merupakan anak sulong kepada billionaire Malaysia, mendiang Tan Sri Dato’ Seri Yeoh Tiong Lay. Sekarang ini beliau merupakan CEO YTL Group.
rumah6 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia

PULAU YANG DALAM

Gambar Pulau

Hari Sabtu dan Ahad, kerja buat jeti dari Tapak Survivor ke Pulau. Jaraknya lebih kurang 12 meter. Along, Pak Let dan Pak Tua bertukang, lepas tu Asri datang tolong. Ahad, Saspik pula menolong.

Sorry gambar gelap sebab masa saya ke Kem dan ambil gambar ni, dah pukul 6 petang. Dalam hutan, pukul 6, dah gelap. Bukan macam KL yer, siang malam terang. Tu yang Makcik pening bila pi KL tuh, siang malam terang, siang malam bising - tak reti rehat ker ? Biarlah dok dalam hutan ni, siang kerja membanting tulang, malam rehat, tidur.


Ni jeti yang masih belum siap

Hard at work. Pak Tua, Asri dan Along.

Nadzrin dan Hafidz jadi pembantu - angkat kayu, ambil paku etc

Kawan Pak Let, nak pergi memancing

Ni pokok mengkuang yang ada di pulau. Pernah tengok buah mengkuang ? Buahnya macam nangka. Tapi dah busuk, Pak Tua dah buang.

Ni saya ambil dari jeti

Asri dan Along pindahkan pontoon yg depan surau untuk jadi jeti sementara kat teluk depan pulau

Depan tuh, yg gelap tuh laluan Safari 4 dan 5. Bila petang gini, bising juga dengar bunyi burung pulang ke sarang.

Senja di Pulau KLD

Senjakala, hari sudah petang, esok kita datang lagi. Ni lagu, dari zaman kanak-kanak saya :)
Asar sudah lepas
Hari sudah petang
Main sudah puas
Mari kita pulang
Senjakala senjakala
Mari kita pulang
(ulang 2x)
Malam sudah datang
Siang sudah pergi
Sekarang kita pulang
Esok datang lagi
Senjakala senjakala
Esok datang lagi
(ulang 2x)